| Terma Penggunaan |
|
|
Dengan melayari dan menggunakan laman portal ini anda the bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan portal ini. Pihak KPDNKK dan smartconsumer.my ("kami") berhak untuk menukar terma dan syarat tersebut pada bila-bila masa sahaja. Anda bertanggungjawab untuk memahami maklumat umum terlebih dahulu dalam talian untuk menerima notis perubahan dari masa ke semasa. Perkataan KPDNKK dan "smartconsumer.my" atau "kami" adalah merujuk kepada pihak KPDNKK dan "smartconsumer.my" iaitu pemilik laman portal ini. Perkataan "anda" adalah merujuk kepada para pengguna laman portal "smartconsumer.my" Portal "smartconsumer.my" dan KPDNKK tidak bertanggungjawab atas segala ketidaktepatan atau ketidakjituan dalam laman portal dan segala keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah tanggungjawab individu yang mengunjungi laman web ini. Portal "smartconsumer.my" dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas segala akibat langsung atau tidak langsung dan segala akibat di atas penggunaan dari maklumat yang diperolehi secara terus atau tidak terus dari laman web ini. Anda bersetuju tidak menggunakan laman portal ini untuk tujuan yang bertentangan dengan undang-undang, tidak melanggar hak atau menyekat kegunaan laman portal ini dari mana-mana pihak ketiga. Sebarang sekatan dan perlanggaran, penggunaan lebih had, penggunaan yang melanggar undang-undang atau mungkin menyebabkan ketidakselesaan dan tidak percaya kepada seseorang individu dan penyiaran bahan yang tidak sopan dan kesat atau gangguan kepada isi kandungan dalam laman portal ini. KEGUNAAN PERSENDIRIAN: Segala maklumat di dalam portal "smartconsumer.my" adalah untuk kegunaan persendirian dan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil. Segala maklumat di dalam portal ini adalah untuk kegunaan pendidikan kepenggunaan sertu tujuan rujukan sahaja. HAKCIPTA: Hak cipta portal "smartconsumer.my" dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan "smartconsumer.my" dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada "smartconsumer.my" dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) melainkan hanya bertujuan untuk kegunaan sendiri dan pendidikan kepenggunaan. PAUTAN: Di dalam portal "smartconsumer.my" ini telah diwujudkan pautan kepada laman portal lain bertujuan untuk menambahkan maklumat serta sebagai rujukan kepada para pelayar portal ini. Pihak "smartconsumer.my" tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kecuaian dan kehilangan maklumat atas penggunaan portal luaran tersebut. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web lain yang dipautkan kepada portal "smartconsumer.my" ini.
|
| LAST_UPDATED2 |
info berkaitan






| Jumlah pelawat hari ini: | 143 |
| Jumlah pelawat semalam: | 202 |
| Jumlah pelawat bulan ini: | 3099 |
| Jumlah Pelawat: | 103780 |



