Home > Kempen Beli Barangan Malaysia
Kempen Beli Barangan Malaysia Cetak
logo_kbbbm

PENGENALAN

Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Untuk tujuan Kempen ini, barangan Malaysia diklasifikasikan sebagai "semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini". Konsep ini digunapakai kerana:

  1. Ekonomi sesebuah negara akan dapat terus dijana dan distabilkan walaupun dalam kegawatan jika terdapat aliran wang dan perbelanjaan domestik dalamsesebuah negara;
  2. Mewujudkan pertambahan permintaan domestik;
  3. Memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan; dan
  4. Memastikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan negatif yang mendalam kepada para peniaga dan pengguna.


OBJEKTIF

  1. Mewujudkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia;
  2. Menyedarkan para pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia yang tidak kurang kualiti berbanding barangan luar negara.


RASIONAL

  1. Kualiti barangan Malaysia adalah setanding dengan barangan luar negara;
  2. Dengan membeli barangan buatan Malaysia, pengguna bertindak bijak kerana:
    • Membeli barangan berkualiti dengan harga murah dan ini secara langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
    • Membantu merangsang kegiatan ekonomi domestik.


TAG LINE

  1. Versi Bahasa Melayu : "Beli Barangan Malaysia, Pilihan Bijak"
  2. Versi Bahasa Inggeris : "Buy Malaysia, Smart Choice"


Dalam usaha pihak Kementerian untuk membantu meningkatkan perdagangan dalam negeri, di bawah ini disediakan pautan ke laman web berikut:


kempen_barangan_malaysia Kalendar Tentatif Ekspo Perdagangan Kempen Beli Barangan Malaysia 2009
matrade MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation)
smidec SMIDEC (Small and Medium Industries Development Corporation)


LAST_UPDATED2
 
Kembali
daftar

Pautan Luaran

blog-datuk-ismail-sabry
w-icons-01w-icons-02
w-icons-03w-icons-04
w-icons-05smartpengguna_banner

1. Adakah portal Smart Consumer ini memberi faedah kepada anda sebagai pengguna di luar sana?
 
2. Adakah maklumat-maklumat yang dipaparkan di portal ini mudah diaplikasikan di dalam kehidupan seharian anda?
 

info berkaitan

Ahli Aktif


sam
sasa
bett19
Mas Mesra
ameer789
humdone
superman
asmajuhan
kirin92
hazrin
Jumlah Hit Kandungan
Ahli : 2050
Jumlah pelawat hari ini:75
Jumlah pelawat semalam:187
Jumlah pelawat bulan ini:3394
Jumlah Pelawat:104075

Blog Terkini

Notis Smartconsumer.my

Optimum untuk IE7+, Firefox 3.0+, Safari, Opera, Chrome
Polisi Privasi | Terma Penggunaan | Penafian