|
Peraturan Rasmi Forum Portal smartconsumer.my.
Peraturan Utama.
Dalam menjadikan ruangan forum ini sesuatu yang berfaedah dan bermaklumat kepada semua pihak, kami meminta anda semua untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Smart Consumer.
Kegagalan anda mematuhi peraturan forum ini boleh menyebabkan segala 'post' anda akan di edit atau di padamkan. Jika bertambah serius, pihak kami tidak teragak-agak untuk memadamkan keahlian anda dari forum kami ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.
Dengan menggunakan forum, saya telah menerima peraturan yang telah ditetapkan.
- Semua ahli smartconsumer.my termasuk moderator, administrator yang tersenarai disini boleh mengurus forum. Forum terbuka untuk semua ahli berdaftar smartconsumer.my dan ianya boleh digunakan untuk tujuan berkomunikasi dan menghantar isu berkaitan kepenggunann seperti yang dibenarkan oleh peraturan forum. Dengan mendaftar, semua pengguna bersetuju dengan syarat dan dikehendaki mematuhinya.
- Ahli forum smartconsumer.my bertanggungjawab untuk memastikan forum bersih dari kandungan yang mencemarkan di samping memastikan kesopanan dan sikap berbaik sesama ahli dikekalkan. Sebarang pertikaian berkenaan sesuatu isu perlulah secara ilmiah dan tidak mengikut emosi.
- Sebarang isu yang ingin dihantar haruslah berkaitan dengan isu kepenggunaan dan tidak bercampur baur dengan isu perkauman, politik atau sebarang isu yang mengundang rasa kurang senang kepada pihak lain.
- Ahli tidak dibolehkan untuk menulis isu berkaitan keagamaan, berbaur perkauman dan politik.
- Ahli boleh menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris di dalam forum tetapi ahli harus memastikan pos yang dihantar mudah difahami dan tersusun.
- Tidak dibenarkan untuk menggunakan perkataan yang berunsur menghina, lucah serta tidak sopan.
- Tidak dibenarkan untuk memberikan nama, alamat dan nombor telefon di dalam forum ini. Ini adalah untuk mengelakkan ianya daripada di salah gunakan oleh pihak tertentu.
- Ahli juga tidak dibenarkan untuk muat naik apa-apa gambar, teks, video atau pautan yang mengandungi unsur lucah di dalam forum ini. Apa sahaja pautan yang dimasukkan di dalam forum ini akan dikeluarkan oleh pengendali smartconsumer.my.
- Setiap pengguna hanya mempunyai 1 akaun sahaja. Mana-mana akaun yang melanggar ketetapan forum boleh dilarang, dipadam dan dinyah aktif oleh pengendali forum smartconsumer.my.
- Apa-apa pengiklanan tidak dibenarkan di dalam forum ini tanpa mendapat kebenaran dari pengendali portal smartconsumer.my.
Selamat berforum.....
|